Mak aku kata
Utamakan cita2
Bukan kisah cinta
Cinta datang selepas cita2
Tapi aku pedulik apa
Orang lain bersepah lagi bercinta
"Mak diorangx kata paper pun"
Mak aku kata
Pergi baca buku
Berhenti main sms 2
Soalan peraksa bukan dari situ
Tapi aku buat x tahu je
Yang jawab soalan bukan kah aku
Mak aku kata
Aku ni harapan keluarga
Sampai bila nak duduk rumah teres
Nak jugak merasa rumah setingkat dua
Sampai bila naik kereta persona
Nak jugak naik kereta BMW
Aku dengan bangga berkata
"Bersyukur lah dengan apa yang ada"
Mak aku kata
Kejayaan itu tiket kemenara
Bolehlah jadi orang yang berguna
X adalah hidup papa kedana
Maruah keluarga pun boleh dijaga
Aku tersengih sambil berkata
"Ulat yang x pergi sekolah pun boleh berjaya apa"
Mak aku kata
Jenguk-jenguklah sejadah 2
Supaya jiwa tenang
X ade lah jin dan syaitan datang bergendang
Aku dengan penuh keyakinan mangarang
"Orang sembahyang lah karang"
Sekarang baru aku sedar
Kata-kata mak aku 2 bukan sahaja
Cerita "pandor'
mak aku dengan segak berkata
"kan mak dah kata"
No comments:
Post a Comment