2001
"ibu… shasha nak balik rumah mama lah ibu." " balik lah. Dah lama sangat shasha dekat rumah ibu ni. lagipun hari persekolahan akan bermula tidak lama lagi. Mesti mama sha rindukan Sha kan. Tapi ibu tidak boleh hantar sha lah, ayah kan outstation". " Ala…hbs sapa nak hantar sha ,bu?" "nanti ibu suruh aiman anak pak long hantar sha balik ye". "tapi bu.." "jangan lah tapi-tapi lagi. Bu bukan tak nak hantar sha. Tapi sha tau kan ayah tak de dekat rumah.. ibu mintak maaf sha". Ibu memang tidak reti untuk memandu kereta . selama ini ayah yang hantar ibu ke mana sahaja ibu pergi. Ibu bukan macam mama yang pandu kereta sendiri. "tak per lah bu. Nanti sha ikut aiman". " macam tu lah anak ibu. Dah pergi masuk tidur dah lewat malam ni". Aku terus berlalu ke bilik yang di sedia kan khas untuk aku.
Aku pelajar Sekolah menegah Dato Undang Haji Adnan.Pelajar tingkatan 1. Aku anak ke 2 dari 5 orang adik beradik. Bapa aku seorang ahli koprat yang berjaya. Mama pula suri rumah sepenuh masa.Sebenarnya orang yang aku gelar ibu itu adalah makngah aku. Aku sememangnye rapat dengan ibu aku sejak kecil lagi. Biar pun ibu ada 4 orang anak, tapi ibu stay layan aku macam anak-anak dia. Sebenarnya ibu rindukan anak ibu yang sulung. Along sudah meninggalkan ibu setelah seminggu tinggal bersama ibu. Along meninggal kerna disyaki demam panas. Masa along meninggal,ibu orang yang paling sedih sekali. Hampir tiap-tiap hari ibu menziarahi pusara along. Setiap kali teringat along, ibu akan menangis dan pergi menziarahi kubur along tidak kira siang mahupun malam. Lama-lama ibu reda pemergian along. Semua cerita ini mama yang cerita ketika aku keliru masa mula-mula makngah suruh panggil dia ibu. Kata ibu muka aku macam muka along. Mata warna coklat,bibir kemerah-merahan ,kulit kuning langsat dan rambut ikal mayang.
Keesokan paginya,aku terjaga dari tidur. Ibu memberi tahu aiman akan pergi ke perak pada pukul 8 malam nanti. Sedihnya hati nak tinggalkan ibu keseorangan di rumah. Anak-anak ibu ada yang bekerja dan ada bersekolah . Tetapi mereka tinggal jauh dari ibu. " ibu, sha tak nak pulang rumah mama boleh tak bu?" "jangan lah macam itu sha. Kesian dekat mama. Lagi pun aiman kan nak hantar sha balik rumah mama." "tapi bu ,sha kesian dekat ibu tinggal sorang-sorang dekat rumah. Angah,kak lang,kak cik tiada di rumah. Mesti ibu sunyi kalau sha tak der." " Tapi sha ,mama sha mesti sunyi juga tinggal di rumah." "Tak pe bu. Dekat rumah mama,kakak dan adik-adik sha kan ada. Lagi pun papa selalu dekat rumah." "jangan lah macam tu sayang. Sha sayang ibu,ayah,mama dan papa kan. Sha balik ye,nak." " Erm..ye lah bu."
Pada malam itu,aiman jemput aku dengan kereta proton persona milik ayahnya. Perjalanan dari Kuala Lumpur ke Perak mengambil masa kira-kira 3 jam. Sepanjang pejalanan itu aku asik menyepikan diri. Tidak ada suara keluar dari mulut aku.. aku dari dulu sampai sekarang tidak berapa baik dengan aiman. Fikiran aku asik fikirkan ibu yang tinggal keseorangan di Kuala Lumpur dan keenakan masakan mama. Kerinduan kepada mama dan papa amat mendalam. Tidak sabar aku untuk kembali ke rumah mama setelah sekian lama tinggal bersama ibu.
" Sha bagun sha.Kita dah sampai rumah makteh ni." " Kita dah sampai k?" "ye lh. Tu lh tidur je keje nye. Sampai dekat rumah sendiri pun tak sedar. Dah cepat keluar." " Ades macam mana aku boleh terlelap dalam kereta mamat sengal ni". "Woi! Pe ko membebel sorang-sorang 2. Cepat lah keluar" "yelah".Kesian pula dekat Aiman dah lah aku tak cakap sepatah pun dengan dia. Lepas tu boleh terlelap dalam kereta dia."Yang kau tercegat dekat situ buat pe lagi. Jom lah masuk. Mak teh dah tunggu dalam rumah". Aii budak ni potong stim betul lah. Aku baru mengalum sikit , dah bising. Bukan aku suruh dia angkat aku masuk dalam rumah pun. "Woi!!" "Ye lah. Aku nak masuk lah ni. Sebuk lah dia ni." Dalam rumah mama sedang tunggu di depan pintu. Aku menyalami tangan mama. "Mama pe kabar . sihat?" "Mama sihat. Anak mama sorang ni sihat k?. Npe tak ajak ibu balik sekali." "sha sihat ma.Sha dah ajak ma,tapi ibu cakap ayah tak ada dekat rumah. Nanti apa pula kata ayah ,kalau ayah balik dari outstation ibu tak ada. Mama..sha lapar lah ma." "Budak bertuah ni asik lapar je. Dah pergi kejut Aiman tu. Ajak dia makan sekali." Lah budak ni bila masa pulak dia terlelap dekat atas sofa ni. Menyusahkan betul lah dia ni. Aku dekati Aiman yang tidur yang tak ingat dunia. "Woi ,budak bangun lah. Mama aku ajak makan ni." "Hurm.." Aku terus berlalu ke dapur. Bau keenakan masakan mama menusuk ke hidung. " Mama masak rendang ayam ye." "Ye lah. Anak mama kan nak balik . Tu petang tadi mama masakkan rendang untuk anak mama sorang ni. Aik baru mama perasan Aiman tak ada sekali. Sha tak kejut kan Aiman k?" "Sha dah kejutkan Aiman tadi tapi dia tak nak bangun. Biar lah dia mama,Sha dah lapar ni mama. Bau lauk yang mama masak dah menusuk ke perut ni,lagi Sha lapar." "Ada ada je budak bertuah ni. Pergi lah kejut Aiman dulu ajak makan sama-sama." "Yelah ma." Ish budak sengal ni tak habis-habis menyusahkan aku. Dasar budak sengal kau tidur lagi ye, tunggu lah kau. "Woiii!!!!! Dak sengal bangun!!!!!!!!" "opocot kau. Aku terjun kau bangun." "Wakakakka…" Ades dak sengal ni melatah lah pulak. Harap je muka macho tapi melatah. Malu dekat orang. "Kurang ajar punya budak Sha . Nasib baik rumah mama kau,kalau tak…" "kalau tak apa? Kau nak pukul aku?" "yelah. Tak kan Aku nak biar kau buli aku" "Pikir aku tak boleh balas balik. Dah dari aku gado gan kau dekat sini tak dapat apa. Baik aku gi dapur. Boleh lah kenyang. Hadap muke kau bukan boleh kenyang pun." Bila aku sampai dekat dapur mama sudah tidak kelihatan lagi.mungkin sudah masuk tidur. Makanan di depan mata aku amat menyelerakan ,sampai Aiman makan sekali dengan aku pun aku tidak sedar. Aku sedar2 Aiman sudah makan "Woi sengal kau tidur mana malam ?" "Suke hati kau je panggil aku sengal." "biar lah mulut aku bukan aku guna mulut kau." " Dari aku balah mulut dengan kau baik aku masuk tidur. Serabut ada pumpan macam kau ni." "eleh alasan je tu. Dah kalah dah le" Aku terus berlalu pergi masuk ke bilik.
Keesokan harinya Aiman pulang ke Kuala Lumpur semula. Bosannya hidup aku tak ada sapa nak gado lagi dengan aku. Kakak dan adik aku semua sebuk dengan hal sendiri. Takkan aku nak gado dengan mama pula..ish bosan betul lah. Ayah pula sebuk dengan majlis ,jumpa client dengan urusan kerja lagi. Hendak layan aku mememang tak terlayan. Masa masa ini lh aku teringat dekat ibu di Kuala Lumpur. Ibu buat apa lah waktu2 macam ni. baik aku telepon ibu." Kring kring…Kring kring.." napa ibu tak angkat telepon ni. Mana ibu pergi. Risau aku dibuatnya. Baik aku jalan2 dekat luar, boleh cuci-cuci mata. Tidak sampai berapa jauh aku berjalan kebosanan melanda diri ku. "Bosan lah pulak jalan sorang-sorang ni. Sepatutnya tadi aku ajak mama teman kan aku." Hati aku berkata.aku terus menuju ke padang permainan. Musim cuti sekolah macam ini tidak ramai yang akan berkunjung di padang ini. Kebanyakkan orang masih lagi bercuti di kampung. Hanya segelintir sahaja yang berada di sini. Tiba-tiba aku terdengar ada suara yang amat tidak sedap di dengar. "Pewit..pewit ..ada awex lalu lah.. hai awex . Nak kenal boleh." Adess tikus mana pulak yang memekang ni. adess mati lah aku ada laki depan aku ni. Mana datang mat2 tikus ni semua,pastu halang laluan aku pulak tu."Pe ni halang laluan aku ni. Pergi sana sebuk je." "alamak awex cantik marah pulak. Jangan lah marah sayang. Lagi sayang marah lagi abang geram."mereka terus gelak. Muke aku dah merah tahan marah. Antara ramai-ramai budak lelaki di hadapan aku. Ada seorang budak lelaki dengan slumber pegang tangan aku. Fikir dia ada bayar zakat k nak pegang tangan aku ni. "Woi !! pe pegang2 ni." " Jangan lah marah sayang. Abang pegang sikit je baru. Ke a yang nak lebih lagi". Ai mat tikus ni sudah lebih ni kau jangan main dengan cucu tok dollah ni nanti kena serik. "Woi!! Lepas lah!" "Huyo,dia marah wei." "nampaknya kau tak nak lepaskan tangan aku…" belum habis ayat aku silat aku terus keluar. Sekelip mata sahaja, budak tu terus pengsan. Budak-budak yang lain semua hilang entah kemana. Memang kawan tinggal kawan betul. Aku terus berlalu pergi. Semasa aku di perhujung padang aku lihat budak itu masih tidak sedarkan diri. Ada belas kasihan dalam hati aku. Aku terus ke tempat kejadian itu semula. Aku periksa nadi budak itu,takut mati pulak lah kan. Alhamdulillah hidup lagi. "Wei..Bangun wei. Wei bangun lah." Adess budak ni. Aku lihat di sekeliling aku mana tahu ada orang yang boleh tolong. Tapi tiada sorang pun kelihatan. Aku ternampak ada paip air yang tidak berapa jauh dari tempat kejadian. Aku terus ke paip untuk mengambil air dan merenjis di muka budak itu. Budak itu tersedar. Lalu dia meminta maaf dari aku dan ingin berlalu pergi. " awak kejap" "awak hendak apa lagi. Saya tak kan ganggu awak lagi." "tak tunggu kejap saya nak beli ubat untuk awak." Aku terus berlalu ke kedai untuk beli ubat. Nasib baik lah aku bawa duit. Kalau tidak tak tahu lah aku. Selepas beli ubat aku terus pergi untuk mengubati budak yang aku pukul tadi. Banyak juga kesan lebam di muka budak itu. Selepas aku bersihkan luka dan sapu ubat di tempat yang lebam, aku bagi air yang aku beli tadi kepada budak tersebut. Sambil budak itu minum aku tiba-tiba jadi ramah sikit ingin bertanya nama budak itu" nama awak apa ye?" "napa awak nak tau nama saya. Awak nak pergi jumpa parents saya ya." " adess saya tak kan buat macam itu punya. Awak cakap lah nama awak apa?" "nama saya khairi al-amin. Panggil kry. Tinggal dekat sebelah masjid. Umur 14tahun" " lah orang tanya nama je.tak tanya pun tinggal dekat mana.umur berapa. Malu dekat orang. Awak tinggal dekat masjid ??rumah saya dekat masjid juga. Selang dua rumah." "lah ye k.nama awak pulak apa?" "nama saya? Nama pendik k nama panjang k ketod. Kalau nama panjang shahira shadatul. Nama pendik shasha. Nama ketod sha" "lah budak ni orang tanya betul-betul buat main pulak." "betul-betul lah 2. Tapi kesian aku tengok kau." " Kenapa pulak?" "ye lah buat hal sama-sama. Tapi kau sorang je kena tanggung" "biasa lah sha. Kawan senang dicari tapi sahabat susah ditemui. Tapi aku pelik lah sha." "kau pelik apa pulak?" "ye lah tadi aku kacau kau. Lepas tu kau pulang tolong aku. Pelik lah aku" " dah aku pukul kau. Aku kena lah bertanggungjawab kan." "Kau baik lah sha." Tak ada lah." " Sha mulai hari ini aku nak jadi kawan kau boleh tak?"" Ha!! Kau nak kawan dengan aku? Kau tak takuk kena pukul lagi k?" "biar lah kena pukul sekali pun, janji kau tak tinggalkan aku macam kawan-kawan aku." " tak menyesal?" "tak kan pernah menyesal pun." "kalau itu kata kau,aku setuju." "terima kasih sha kerna sudi jadi kawan aku.sha dah nak maghrib ni jom kita balik."kami pun beriringan pulang ke rumah masing-masing. Start dari hari itu aku dengan kry jadi kawan rapat. First time ada laki yang kawan dan berani berkawan dengan aku. Selalunya tiada sorang laki pun yang ingin berkawan dengan aku. Sebab aku jenis panas baran dan aku kurang hendak berkawan dengan kaum lelaki. Bagi aku lelaki tidak boleh percaya kecuali papa,ayah dan angah.
No comments:
Post a Comment