Laila anak dari
seorang perniagaa. Laila seorang mahasiswa di sebuah politeknik di Pahang.Pada
awalnya Laila seorang yang amat ceria dan sentiasa senyum. Walaupun dia seorang
yang ceria,dia paling benci tengok air mata,tengok perempuan bersedih dan
kurang percaya pada seseorang yang bergelar lelaki. Tapi semua itu sementara.
Dia mula menjadi seorang yang sensitif,penyedih dan selalu mengeluarkan mutiara
air matanya gara-gara padah menyentai
seorang lelaki. Kisah cintanya bermula dari seorang kenalannya di skype.
Kenalannya seorang
pekerja di galian minyak iaitu Petronas yang terletak di Kemaman,Terengganu.
Kenalannya diberi nama Syarul dan orang di sekelilingnya memanggilnya Rul. Pada
awalnya mereka menjadi kawan yang amat rapat walaupun mereka tidak pernah
bertemu. Rul tidak segan-segan untuk menceritakan kisah-kisah silamnya pada
Laila. Walaupun Laila kurang percaya, tapi dia hanya mendengar apa saja yang
dikatakan oleh Rul.
Sebenarnya Rul
masih bersedih lagi kerana putus tunang. Biar pun sudah 2 tahun perkara itu
berlalu. Tapi dia masih mengenangkan tunangnya. Bagi Rul ,dia takut bercinta
lagi kerana dia takut bekas tunangnya akan marah. Laila sentiasa menasihati Rul
dan Laila lah tempat Rul untuk mengadu. Laila sedaya upaya menjadi seorang
kawan yang terbaik untuk Rul. Lama kelamaan dari berkawan, Laila dan Rul mula jatuh cinta antara satu
sama lain.
Biarpun mereka
tidak pernah jumpa hanya col n webcam menghubungkan mereka. Tapi mereka adalah
pasangan yang amat bahagia. Tiap-tiap malam sebelum tidur Rul akan telefon buah
hatinya. Biar pun hanya dapat mendengar suara,bagi Rul dan Laila itu lah saat2
yang amat bahagia. Mereka sentiasa ambik berat antara satu sama lain. Rul sentiasa
menjaga hati Laila. Bagi Rul,Laila seorang gadis yang amat berharga buat Rul.
Pada satu malam
Rul mengatakan hasratnya untuk bertemu dengan Laila. Laila menjadi sebersalah,
kerana Laila takut Rul tidak mampu untuk menerima keadaannya yang tidak cantik
dan gemuk. Tapi Rul mengatakan ia tidak kesah,dia tidak mahu kecantikan kerana
kecantikan lah akan membakar hatinya. Akhirnya Laila pun bersetuju untuk
bertemu dengan Rul.
Hari berganti
hari ,akhirnya hari yang dijanjikan tiba juga. Sebelum bertemu dengan Rul,
pelbagai ujian Laila tempuhi. Laila perlu memberitahu n menceritakan kisah
cintanya pada kawan-kawannya. Kawan-kawan laila tidak benarkan laila bertemu
dengan Rul kerana mereka takut Rul akan mengapa-ngapakan Laila. Sampai Laila
merajuk baru lah kawan-kawan Laila benarkan Laila bertemu dengan Rul tapi
dengan satu syarat Laila perlu membawa salah seorang dari mereka.
Akhirnya mata bertemu
mata. Bibir tidak mampu berbicara. Laila dan Rul rasa masa tiba-tiba berhenti
seketika. Bergitu bahagia mereka rasa masa itu. Mereka mengisi saat itu dengan
kemesraan mereka. Mereka juga berjanji antara satu sama lain yang mereka akan
menjaga antara satu sama lain hingga hujung nyawa. Mereka juga berjanji untuk
setia satu sama lain dan mereka tidak akan mengecewakan hati salah satu antara
mereka. Semasa berjanji itu,air mata Laila sentiasa mengalir tidak henti-henti
dan Rul sentiasa menyapu setiap air mata yang mengalir dengan mengunakan jari
jemarinya.
Sejak dari hari
itu mereka sering berjumpa. Rul sentiasa melayan kerenah Laila dan Rul tidak beri sesiapa pun smoking depan Laila
kerana Rul tahu Laila tidak tahan dengan bau asap rokok. Rul terlampau
menyanyangi Laila. Selepas berjumpa pasti malam itu Rul akan col. Rul sentiasa
akan col x kira malam mahupun siang. Bagi Rul masa-masa terluang dia akan
menelefon buah hatinya. Laila merasa amat beruntung menjadi pasangan Rul. Rul juga
mengatakan tidak lama lagi dia akan merisik Laila untuk menjadi suri dalam
hidupnya. Menjadikan Laila seorang perempuan yang sentiasa bahagia hingga ke
syurga. Itu lah janji Rul pada Laila.
Tapi semua itu
hanya sementara. Rul mula berubah. Rul sentiasa memarahi Laila. Rul mula
smoking depan Laila. Tapi Laila hanya mampu bersabar. Kerana cinta yang amat
mendalam untuk Rul, perbuatan yang Rul buat pada Laila tidak sedikit pun mampu
membuat cinta Laila pada Rul berubah. Tapi makin mendalam. Masa pertemuan kali
ini, Laila merasa lain sangat-sangat. Rul belikan Laila sebuah teddy bear dan mengatakan
teddy bear ini untuk hari lahir Laila. Tapi Laila rasa pelik kenapa perlu beri sekarang
sedangkan lahir lahir Laila lambat lagi. Tapi Laila tidak mampu berkata apa-apa Cuma hanya mampu menerima.
Semasa mahu
pulang Laila berat hati untuk melepas kan Rul pergi. Sebelum bertolak ke tempat
tinggal masing-masing, buat pertama kali Laila menyalami tangan Rul. Biarpun sebelum
ini,mereka hanya berpimpin tangan sahaja tapi tidak sedikit pun Laila ingin
menyalami tangan kekasihnya. Balik dari pertemuan itu Rul tidak menelefon Laila
seperti biasa.
Keesokkan harinya baru lah Rul menelefon Laila. Sejak dari itu
Rul mula jarang menelefon Laila dan
sejak dari hari itu mereka sering kali bergaduh. Pergaduhan mereka beralutan
hingga Laila mahu menghadapi peperiksaan semester. Tapi Laila seorang yang
sabar. Laila bersabar sahaja dengan semua itu. Hingga Laila pulang ke kampung
halaman Laila.
Sesampai di
rumah Laila cuba untuk menelefon Rul. Tapi Rul sebuk dengan kawan-kawannya. Laila
mula merasakan dirinya tiada erti buat Rul lagi. Akhirnya Laila tertidur dengan
air mata yang masih bersisa. Pada keesokan hari nya, Laila berlembut hati untuk
menelefon Rul, untuk mengejut kan Rul. Supaya Rul tidak terlewat ke tempat
kerja. Tapi lain di harapkan lain yang dapat. Rul memarahi Laila kerana
menganggu tidurnya.
Akhirnya Laila
mengalah. Laila terus mendiamkan diri. Pada tengah hari itu Rul menelefon
Laila. Tapi Laila tidak mahu angkt kerana terlampau kecewa dengan perangai Rul
pagi tadi. Tapi perasaan itu sementara, pada malam itu laila terlalu merindui Rul. laila mula mendai number Rul. tapi Rul tidak angkt. laila hantar pesanan ringkas, tapi rul tidak balas. setiap hari laila cuba menghubugi rul dan menghantr pesanan ringkas tetapi semua itu sia-sia.
Akhirnya laila mengalah,laila menghantar pesanan ringkas buat kali terakhir untuk rul. dalam pesanan ringkas itu laila mengatakan bahawa dirinya tidak mampu hidup lama lagi. Laila menghantar pesan itu supaya rul mahu menelefon dirinya kembali. tapi lagi sekali,benda yang tidak di jangka berlaku. Sememangnye rul menelefon laila. Tetapi rul memarahi laila dan menyuruh laila tidak gangg dirinya lagi kerana dia sudah bertunang dengan seorang gadis pilihan keluarganya.
Bertapa hancurnya hati laila bila dapat tahu berita itu. Baru laila sedar bahawa cinta rul untuk dirinya adalah cinta sementara bukan selama-lamanya.Laila terus meletakkan telefon. tapi bagi laila biar pun rul buat bergitu terhadap diri nya. tapi sayang laila terhadap rul tidak pudar hingga hari ini. tapi cintanya lah membuat dirinya menjadi seorang yang takut untuk jatuh cinta kembali. sebab seorang lelaki lah air mata laila sentiasa mengalir. Bagi laila biar lah rul bahagia bersama tunangnya kerna dia akan bahagia jika rul bahagia.
Akhirnya laila mengalah,laila menghantar pesanan ringkas buat kali terakhir untuk rul. dalam pesanan ringkas itu laila mengatakan bahawa dirinya tidak mampu hidup lama lagi. Laila menghantar pesan itu supaya rul mahu menelefon dirinya kembali. tapi lagi sekali,benda yang tidak di jangka berlaku. Sememangnye rul menelefon laila. Tetapi rul memarahi laila dan menyuruh laila tidak gangg dirinya lagi kerana dia sudah bertunang dengan seorang gadis pilihan keluarganya.
Bertapa hancurnya hati laila bila dapat tahu berita itu. Baru laila sedar bahawa cinta rul untuk dirinya adalah cinta sementara bukan selama-lamanya.Laila terus meletakkan telefon. tapi bagi laila biar pun rul buat bergitu terhadap diri nya. tapi sayang laila terhadap rul tidak pudar hingga hari ini. tapi cintanya lah membuat dirinya menjadi seorang yang takut untuk jatuh cinta kembali. sebab seorang lelaki lah air mata laila sentiasa mengalir. Bagi laila biar lah rul bahagia bersama tunangnya kerna dia akan bahagia jika rul bahagia.
No comments:
Post a Comment