Setiap negeri mempunyai tarian masing-masing. Ada tarian mahyung,asyik dan lain-lain lagi Bergitu juga negeri aku iaitu Negeri Sembilan.Negeri Sembilan populr dengan tarian piringnya...tarian ni ada keunikan tersendri tau...jom!!! baca tntng tarian ni..ner lah tau tba2 minat k..
Pengenalan Tarian Piring .
Tarian piring merupakan sebuah seni tarian milik orang
Minangkabau yang berasal dari Sumatra Barat . Ia masih diamalkan penduduk
Negeri Sembilan keturunan Minangkabau . Tarian ini diiringi lagu yang dimainkan
dengan telempong dan saluang .
Sejarah Tarian Piring .
Sejarah Tarian piring ini tidak dapat dipastikan namun ia
dipercayai bahawa ia telah wujud sejak 800 tahun yang lalu di kepulauan Melayu
. Ia dipercayai telah bertapak di Minangkabau dan berkembang hingga ke zaman
Vijaya . Kemunculan kerajaan Majapahit pada kurun ke 16, yang menjatuhkan
kerajaan Sri Vijaya . Ia telah mendorong perkembangan Tari Piring ke
negeri-negeri Melayu bersama-sama penghijrah atau orang-orang pelarian Sri
Vijaya ketika itu.
Pakaian Yang Digunakan .
Pada kebiasaannya , pakaian yang berwarna-warni dan cantik
adalah perkara wajib bagi sesebuah tarian . Tetapi bagi Tari Piring ini ,
memadai dengan berbaju Melayu dan bersamping saja . Warna baju juga adalah
terserah kepada penari sendiri untuk menentukanny a. Namun , warna-warna terang
seperti merah dan kuning sering menjadi pilihan kepada penari Tari Piring
kerana ia lebih mudah di lihat oleh penonton .
Baju kuning yang dipakai oleh penari-penari piring .
Bila Tarian Piring Dipersembahkan ?
Pada kebiasaannya tarian ini dipersembahkan dalam acara
majlis perkahwinan, majlis menyambut pembesar negeri, keramaian atau pesta
kampung.
Keunikan Tarian Ini .
Tarian ini memiliki gerakan yang menyerupai gerakan para
petani semasa bercucuk tanam , membuat kerja menuai dan lain-lain . Ia juga melambangkan
rasa gembira dan syukur dengan hasil tanaman mereka . Tarian ini merupakan
tarian gerak cepat dengan para penari memegang piring di tapak tangan mereka .
Kadangkala, piring-piring itu akan dilontar ke udara atau pun dihempaskan ke
tanah dan dipijak oleh penari-penari tersebut dan juga penari lelaki dan
perempuan akan memijak piring-piring pecah tanpa rasa takut dan tidak pula luka
. Penonton tentu akan berasa ngeri apabila kaca-kaca pecah dan tajam itu
dipijak sambil menari
tarian piring biasanya di awali dengan pukuln gong dan rebana
gong
rebana
No comments:
Post a Comment