Suhaila merupakan
anak kepada sepasang suami isteri iaitu Pak Samad dan Mak Eton. Suhaila menpunyai 5 orang adik beradik dan kesemuanya adalah
perempuan. Sue seorang anak yang soleha dan sentiasa mentaati perintah allah. Walaupun
bergitu, sue sentiasa mempunyai masalah dalam alam percintaan. Dia selalu
dikecewakan oleh pasangannya. Sehingga lah tidak berminat untuk bercinta lagi. Tapi
itu semua hanya seketika,sehingga lah dia bertemu seorang lelaki yang bernama
Zairi.
Perkenalan mereka
hanya lah satu kebetulan. Mereka hanya berkenalan di sebuah alam maya iaitu
yahoo mail. Dari situ lah mereka menjadi rapat. Mereka menjadi rapat kerana
mereka percaya antara satu sama lain biarpun tidak pernah berjumpa. Lebih-lebih
lagi mereka saling berkongsi masalah antara satu sama lain. Zairi mempunyai
masalahnya tersendiri. Sebelum berkenalan dengan sue,zairi pernah bertunang
dengan seorang wanita yang amat dicintainya. Tetapi jodoh di tangan tuhan. Tidak
berapa lama selepas bertunang zairi dan tunangnya ada krisis sedikit hingga
membawa kepada satu keputusan iaitu putus tunang.
Sue lah tempat Zairi melepaskan rindunya pada
bekas tunangnya dan sue lah tempat Zairi meluahkan masalahnya. Hampir kesemua
masalah yang dilalui oleh Zairi ,sue tahu. Lama kelamaan ada satu perasaan yang
hadir dalam diri sue. Sue akan mula berasa rindu bila Zairi tidak hubunginya
dan sue mula menyanyangi diri Zairi. Tapi sue tidak mampu untuk meluahkan
perasaannya pada Zairi kerana Zairi baru sahaja putus tunang.
Pada satu hari
, ada satu perkara yang tidak disangka sangak oleh sue. Zairi telah meluahkan
perasaannya kepada sue. Zairi mengaku sue telah mencuri hatinya semula. Perkara
ini semua tidak disangka oleh mereka sendiri. Daripada kawan menjadi sahabat dan daripada sahabat mereka
mula mencipta kebahagiaan bersama. Pada awalnya mereka tidak mempunyai masalah
kerana mereka saling faham antara satu sama lain. Biarpun berjauhan mereka
saling berhubung melalui telephon tidak kira siang mahupun malam.
Tapi bila sudah
lama bercinta zairi mula berubah. Zairi tidak ada masa lagi untuk sue. Zairi menjadi
seorang yang pendiam. Zairi sentiasa habiskan masanya untuk kawan-kawannya. Sue
sentiasa makan hati dengan perangai zairi. Biarpun selalu makan hati tetapi
tidak sedikit pun sue luahkan kepada zairi.
Sebenarnya,bagi
zairi biarpun sudah bercinta zairi masih tidak dapat melupakan bekas tunangnya.
Perkara itu telah zairi ceritakan kepada sue. Sue tidak dapat buat apa-apa
selain mendengar apa yang mahu zairi sampaikan. Hati perempuan mana tidak sakit
jika pasangannya menceritakan hal perihal perempuan lain. Perempuan mana tidak
makan hati berulamkan jantung jika pasangannya masih mengingati perempaun yang
pernah menjadi buah hatinya. Tapi sue seorang yang sabar. Dia sentiasa
mendengar dan memberi nasihat. Tidak sekali pun sue merajuk jika zairi menyebut
–nyebut nama bekas tunangnya.
Akhirnya zairi
mengaku pada sue,dia sentiasa melihat bekas tunangnya dari jauh dan zairi
berterus terang pada sue yang tiada perempuan yang mampu mengantikan tempat
bekas tunangnya. Sebenarnya cinta zairi pada bekas tunangnya masih kuat. Zairi mengharapkan
bekas tunangnya kembali semula kepadanya. Tapi bagi sue ,sebenarnya fikiran
zairi masih berceraru dan zairi tidak dapat membezakan perasaan kepada seorang
sahabat dan seorang pasangan. Itulah sebab zairi mengatakan dia mencintai sue.
Sue mula memahami
zairi. Zairi sebenarnya tidak memerlukan seorang perempuan untuk dijadikan buah
hatinya tetapi zairi memerlukan seorang perempuan yang mampu berada di sisinya
tidak kira apa pun keadaan sekalipun. Akhirnya sue mengambil keputusan untuk
menamatkan episode cintanya bersama zairi biarpun hati sue tidak rela tetapi
sue terpaksa. Sue terpaksa membuat demikian kerana dia tidak mahu zairi
tersepit dalam perasaannya sendiri. Bagi sue biarlah zairi mambuat pilihannya. Jika
itu terbaik buat zairi dan membuat zairi bahagia,sue pun turut bahagia.
Biarpun zairi
telah memgecewakan perasannya. Tetapi sue akan sentiasa ada di sisi zairi tidak
kira apa pun yang terjadi. Bagi sua,zairi seorang insan yang mampu membuka pintu hatinya kembali. Biarpun bukan
kebahagian yang dapat. Tetapi sue bersyukur kerana perasaannya tidak mati untuk
seorang yang bergelar lelaki.
coretan dari-aku bukan penulis
No comments:
Post a Comment