Sebelum aku
mencerita apa yang tersirat dalam diari hidupku ini. Aku ingin memperkenalkan
diri aku . Setelah dilahirkan di dunia ini
aku diberi nama Mohd Shahrul Nizam. Orang sekeliling aku memanggilku
ejam. Sejak kecil lagi aku dijaga oleh ibubapa angkat ku. Ibubapa kandungku sudah
lama kembali ke rahmatullah. Aku di didik dan diberi didikan agama yang
sempurna. Ibubapaku tidak pernah membezakan
antara aku dan adik-beradikku yang lain. Bapaku seorang penoreh getah dan ibuku
seorang suri rumah sepenuh masa.
Percintaanku
bermula semasa aku di sekolah rendah lagi. Aku mula bercinta dengan seorang
pelajar yang lebih tua setahun dari aku. Kawan kelasnya memanggilnya Izah. Biarpun
Izah tua dari aku tapi itu bukan halangan untuk kami bercinta. Hubugan kami
dari hari ke hari semakin akrab. Izah sentiasa faham aku dan kami susah sangat
untuk bergaduh. Tiap-tiap hari kami berjumpa. Jika waktu persekolahan kami
tidak akan berjumpa kerna tidak mahu ganggu hal masing-masing di sekolah. Kami akan
berjumpa setelah tamat waktu persekolahan.
Tapi itu hanya
sementara, semasa aku pulang ke kampung nenek. Aku telah berkenalan dengan
seorang perempuan yang tinggal sekampung dengan nenek iaitu Sarah. Pada awalnya
aku hanya berkawan dengan Sarah. Tapi lama kelamaan hubugan kami makin rapat. Mulai
dari itu kami bercinta. Biarpun aku telah mempunyai Izah tetapi aku juga
mahukan sarah menjadi buah hatiku. Perkara ini aku rahsiakan dari mereka berdua.
Sekarang aku terpaksa bahagikan masa aku untuk mereka berdua.
Pernah juga Izah
bertanya pada aku kenapa aku jarang sekali untuk berjumpa dengannya dan sering
kali pulang ke kampung. Aku hanya memberi alasan mengatakan nenekku tiada siapa
yang mahu jaganya di kampung lebih-lebih lagi pakcik dan makcikku sebuk dengan
urusan masing-masing. Tapi itu alasan yang aku mampu berikan kepada Izah kerana
tujuan aku untuk pulang ke kampung hanya untuk Sarah. Bukan hanya jarang
berjumpa sahaja,menelefon Izah pun aku jarang. Jika hari persekolahan aku akan
menelefon sarah kerana Izah aku akan berjumpa pada waktu pulang sekolah. Jika di
kampung pula aku akan menelefon Izah takut izah fikir yang bukan-bukan.
Bak kata orang
tua-tua sepandai-pandai tupai melompat akhirnya jatuh ke tanah jua. Pada satu
malam nenek menelefon ibu untuk ke rumah
kami pada keesokkan harinya. Pada firasat aku,nenek hanya datang seorang diri. Tetapi
perkara tidak di sangka-sangkakan,Nenek membawa Sarah juga ke rumah aku. Pada suatu
hari ,aku ingin pergi ke taman untuk berjumpa dengan Izah. Semasa bertemu
dengan Izah, tiba-tiba sarah muncul di depan kami. Aku tidak pasti bagaimana
sarah ke situ.
Sarah amat marah
padaku dan mengatakan Izah yang merampas aku dai dirinya. Izah hanya mendiamkan
diri atas semua tuduhan Sarah itu. Dia hanya mengatakan dia akan berpisah
dengan aku jika Sarah lah orang yang mambuat aku berubah. Lalu Izah beredar
dari situ. Setelah Izah berlalu,akhirnya aku mengambil keputusan untuk tidak
bercinta dengan siapa-siapa pun di antara mereka. Sarah hanya mampu menangis.
Mulai dari hari itu
mereka tidak ingin berjumpa dengan aku lagi. Sifat playboy aku terbawak-bawak
hingga aku dewasa. Aku akan bercinta bukan hanya dua orang perempuan,malahan
lebih dari 2 orng perempuan dalam satu
masa. Peristiwa kantoi aku hanya berlaku pada aku sekolah rendah sahaja. Pada waktu
dewasa perangai playboy aku tidak pernah kantoi. Malahan dari minggu ke minggu
aku akan bertambah senarai pasanganku.
Jika ada yang
merajuk dengan aku,aku hanya pujuk dengan kata-kata manisku. Bagiku perempuan
akan cair seperti ais jika aku mengeluarkan kata-kata manis ku. Itu lah ada
dalam peribahasa manis itu racun,pahit itu penawar. Aku akan menjanji
perkara-perkara yang manis-manis sahaja kepada perempuan-perempuan yang menjadi
pasanganku. Aku akan berjanji pada mereka semua yang aku akan berkahwin dengan
mereka walaupun aku tidak pasti siapa lah gerangan suri hidupku nanti.
Jika ada yang
putus dengan aku. Aku akan pujuk mereka semula untuk kembali kepadaku tidak
kiralah pasanganku itu telah dapat pengantiku. Bagiku aku mampu untuk
membahagiakan berapa ramaipun perempuan. Tidak kisah lah bagi mereka terseksa. Aku
akan sekat pergaulan mereka dengan lelaki. Supaya mereka susah untuk melupakan
aku dan susah untuk mencari pengantiku. Jika ada komen lelaki di facebook
mereka,aku akan mula marah. Mereka akan turut sahaja apa yang aku katakan. Mereka
bagaikan lembu cucuk hidung sentiasa mingikut apa sahaja apa yang aku suruh.
Aku tidak kisah jika yang mengelarkan aku
playboy. Bagiku gelaran itu yang membuat pasanganku makin bertambah. Aku tidak
pasti sampai bila perangai playboy aku akan berubah. Aku juga tidak tahu berapa
ramai perempuan yang aku akan tipu.Bagiku,aku tidak mampu untuk hidup tanpa
perempuan dan perempuan juga tidak mampu untuk hidup tanpa aku. Aku ingin berubah juga,tapi aku tidak tau bila. Hanya Allah sahaj yang mampu menentukan.
No comments:
Post a Comment