Followers

Friday, 24 August 2012

cinta si penagih


      Dari tadi Airis termenung di depan pintu, Pak Mat dan Mak Monah  amat risau atas perubahan anak tunggalnya. Sejak mendapat tahu bahawa tunangnya, Saiful seorang penagih dadah. Airis berubah sungguh sikapnya. Airis sudah tidak macam selalu. Dulu Airis seorang yang ceria,sentiasa senyum dan ringan tulang. Pak Mat dan Mak Monah amat bersyukur kepada Allah kerana telah mengurniakan seorang anak yang amat sempurna buat mereka. Tapi kini perasaan dah hati ibu dan ayah mana tidak risau,anak yang mereka didik selama ini dalam masalah. Hati ibu mana tidak sedih melihat anak kandungnya sentiasa murung.

        Saiful bukan tidak pernah meminta maaf atas kesalahannya, tetapi Airis ingin memutuskan jua pertunangannya. Bagi Airis, penagih dadah susah untung meninggalkan perangainya. Sejak pertunangan mereka putus, Saiful hilang dari kampung. Orang-orang kampung ada mengatakan Saiful mati dibunuh, ada juga orang-orang kampung cakap Saiful di hantar ke pusat pemulihan. Sebenarnya tiada siapa yang tahu kemana hilangnya Saiful dan tiada siapa yang tahu apa sebenarnye berlaku, kerana Saiful hidup sebatang kara di kampung . Ibubapa Saiful meninggal dunia sejak Saiful berumur 2 tahun lagi dan sejak dari hari itu Saiful tinggal bersama-sama neneknya. Tapi nasib Saiful malang, nenek Saiful meninggal dunia ketika Saiful menjejak kaki di menara.

       Beberapa bulan setelah Saiful hilang,kehilangan Saiful tidak menjadi buah mulut orang kampung lagi. Tetapi cerita lain yang menjadi buah mulut mereka. Ada orang  kampung mengatakan sebelum pergi Saiful dan Airis pernah membuat zina. Ada juga orang kampung mengatakan Airis pernah tidur dengan lelaki lain ,sebab itu lah Saiful pergi meninggalkan Airis. Bukan hanya umpatan yang di lemparkan ke atas Pak Mat sekeluarga,ada juga yang pandang serong. Pak Mat sekeluarga hanya mampu bersabar atas bencana yang berlaku di atas keluarga. Mereka pasti ada hikmah di sebalik apa yang berlaku.

     Biarpun mereka terima sahaja apa tomahan dan cacian yang diberi oleh orang kampung, bagi Airis semua masalah yang di hadapi oleh keluarganya berpunya dari dirinya sendiri. Pernah juga Airis ingin keluar dari kampung tersebut, tetapi di halang oleh Pak Mat dan Mak Monah. Kata Mak Monah mulut tempayan boleh di tutup tetapi mulut orang kampung mereka anak beranak tidak mampu untuk mereka tutup. Sejak tomahan yang diberikan untuk Airis sekeluarga dan juga Saiful, Airis sudah tidak keluar dari rumah. Dia hanya berkurung di dalam rumah. Pak Mat sahaja yang selalu keluar rumah, tugasan sebagai ketua rumah patut dilakui walau bagaimana cara sekali pun.

       Tetapi ada benda yang pelik berlaku di dalam keluarga Pak Mat. Biarpun mereka telah menjadi bahan umpatan oleh orang kampung,tetapi hampir setiap hari ada sahaja lelaki yang ingin melamar Airis menjadi suri dalam hidup mereka. Tetapi semua lamar itu telah di tolak mentah-mentah oleh Airis kerana cinta Airis terhadap Saiful masih lagi kekal abadi dalam dirinya. Airis menyesal memutuskan hubugannya dulu. Jika dia tidak memutuskan hubugannya dengan Saiful pasti Saiful tidak menghilangkan diri. Dan keluarganya tidak akan dapat malu sebegini.

        Beberapa tahun kemudian
       Tiada lagi tomahan dan cacian yang dilemparkan oleh orang kampung kepada Pak Mat sekeluarga. Tiada lagi mata-mata orang kampung yang pandang serong terhadap keluarga Pak Mat.  Pada suatu petang sedang Airis menjemur pakaian basuhan ,ada sebuah kereta Alza berwarna putih berhenti di depan rumah. Airis terus melarikan diri untuk masuk ke rumah

      Di dalam kereta , Saiful berasa pelik kenapa Airis perlu larikan dari darinya. Tetapi Saiful kuat hati juga untuk turun dari kereta dan menuju ke rumah Airis. Puas Saiful mengetuk pintu tiada siapa pun yang buka pintu. Tiba-tiba Saiful terdengar orang memberi salam . saiful menjawab salam dan terus menoleh ke belakang kerana ingin mengetahui siapa geragan orang yang memberi salam. Rupa-rupanya Pak mat dan Mak Monah, Saiful menyalam tangan kedua orang tua Airis. Pak Mat dan Mak Monah pun menjemput Saiful naik ke rumah.

     Saiful menanyakan perihal Airis,kerana bagi Saiful banyak perubahan yang berlaku pada Airis. Mak Monah hanya mampu bersedih dan tidak mampu berkata apa pun.  Setelah di desak oleh Saiful beru lah Pak Mat menceritakan hal sebenar. Saiful tidak sangka ,Airis bergitu menderita atas kesalahan dirinya yang lalu. Saiful meminta maaf atas ke semua kesalahannya dan meminta izin untuk bertemu dengan Airis. Pak mat dan mak monah membenarkan Saiful berjumpa dengan Airis kerana harapan mereka menjadi kenyataan untuk melihat Saiful pulang ke kampung .

       Saiful menceritakan apa yang berlaku pada dirinya setelah sekian lama menghilangkan diri. Sebenarnya Saiful bukan melarikan diri dari orang kampun. Tetapi Saiful ingin mengubah nasib nya. Saiful telah pergi ke pusat pemulihan dan setelah keluar dari pusat pemulihan Saiful telah melanjutkan pengajiannya hingga lah menjadi seorang pensyarah di UUM,kedah. Sekarang Saiful kemabli ke kampung bukan untuk membalas dendam kepada Airis. Tetapi ingin melamar Airis menjadi suri hidupnya kerana cintanya kepada Airis cinta yang membawa ke syurga.

            Airis bersyuku kerana Saiful telah berubah dan Airis yakin hanya Saiful yang mampu bahagiakan dirinya sehingga ke syurga. Dan Airis amat berbangga kepada Saiful kerana telah membuktikan pada diri Airis, penagih dadah juga mampu berubah dan berjaya. Kini Saiful dan Airis sudah membina masjid bersama dan telah di kurniakan 4 pasang anak lelaki dan perempuan. Mereka hidup bahagia selamanya. Bagi pak mat dan mak monah tiada perkara yang istimewa selain melihat anak tunggalnya bahagia.
                                               
                                                          aku bukan penulis: jiwakacauvsjiwakosong.blogsport.com

No comments:

Post a Comment